Friday, August 19, 2011

i'm back...

alhamdullilah,akhirnya aku boleh online..tapi untuk tempoh 2 mingu jer..lepas raya ni aku dah kena hantar semua ni balik rumah...kesempatan ini aku mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang akan menjelang tidak lama lagi..untuk pengetahuan semua hari raya ini aku bertugas...ada tugas khas...hehehe...
sedar tak sedar dah hampir 7 bulan aku di sini..keadaan diri aku setakat ni ok jer...tekanan perasaan agak tertekan...tapi aku akan kuatkan semangat...
aku minta maaf sebab aku ketandusan idea untuk menulis di sini...ececeh macam ada jer orang baca blog aku..
tadi masa berbuka puasa,aku terfikir yang aku perlukan seorang lelaki yang sayang dan menghargai aku...aku betul - betul mengharapkan seorang lelaki yang boleh terima aku seadanya,yang sangat mencintai aku,menghormati aku,yang boleh membmbing aku dan yang memahami aku...ada ke orang yang mempunyuai ciri - ciri yang aku mahu???
sambil makan menitis air mata aku..mungkin ini dugaanNya...aku terima dan aku redha...
tinggalkan cerita sedih aku itu...buka jer facebook aku dapat tahu yang k.wid dah pregnant..siti and dayah dah nak kahwin hujung tahun ini,mashi dah kawin,raihana and ayu dah dapat anak...tinggal aku jer..aku kasihankan diri aku sendiri...pasti ada hikmah...kepada yang membaca doakan aku...aku ada kerja yang perlu diselesaikan...sampai sini saja..take care and Allah bless you...

Friday, April 15, 2011

Thank You ALLAH

Thank you ALLAH
I asked for strength
And God gave me difficulties to make me strong
I asked for wisdom
And god gave me brain and brawn to work
I asked for courage
And god gave me danger to overcome
I asked for love
And god gave me troubled for people to help
I asked for favors
And god gave me opportunities
I received nothing I wanted
I received everything I needed
My prayer has been answered….

p/s: doakan aku yer kawan-kawan...

Friday, April 1, 2011

april fool..

alhamdullilah..
kalau ikut kalendar, masuk hari ni aku dah sebulan menjalani latihan di sini...harus diingat aku telah membuat entry ni sebelum aku masuk lapor diri jadi,setiap keadaan aku adalah bayangan semata-mata...mungkin tidak seindah bayangan aku,tapi aku mengharapkan aku kuat dari segi fizikal dan mental...

saat ni,mungkin aku terasa 'menyesal aku tak jogging'...mama aku selalu pesan...nak masuk latihan tu kena start jogging kalau tak nnati kat sana sakit semua urat,otot serta tulang...ok la,padan muka aku...

saat ini juga,aku sudah berjaya menurunkan berat aku mungkin 5kg...saat ini juga kulit aku tersangat tanned(betul ke eja mcm ni) lagi berkilat...ini jalan yang aku pilih...dan aku tahu ini yang terbaik sebab;

aku: mama rasa patut tak nak masuk teeetttt???
mama: mama rasa hang memang patut..mama nampak hang boleh berjaya...mama boleh rasa...

disebabkan kata - kata mama aku ni la yang membuatkan aku buat keputusan yang betul...aku tahu apa yang akan aku tempuhi dan aku rasa aku sudah bersedia...berjaya dari segi apa??aku pun tak pasti...

aku ingat lagi entry sebelum ni,aku asyik merungut tentang kerja aku...nasib baik aku dah menikmati setiap saat tiada kerja untuk dibuat sewaktu aku bekerja di company lama...

cuba tengok rupa aku kat ofis dulu,comot...sangat comot...tudung tu memang tak sesuai langsung dengan aku...




menikmati saat bersenang lenang...

main IQ test - tidakler bijak mana pun aku ni...

comotnyer aku...

sempatla merasa sambutan harijadi aku - tu pun majlis dibuat pada bulan 12 tahun 2010,birthday untuk bulan 7,8,9,10,11,12...

aku sedang meneliti PI&D sambil tidur...peace..

memandangkan aku sudah lama hidup bersenang lenang tidak membuat kerja yang banyak, jadi saat ini aku teringat kenangan aku menjadi engineer suatu masa dahulu...betul,aku tak menyesal...aku suka pada kerjaya aku yang baru ini..sungguh...

p/s : doakan semoga aku berjaya...itu harapan mak aku...

Sunday, March 20, 2011

bunga telur buat sendiri...

alhamdullilah...
seperti yang dijanjikan aku akan auto update blog aku..aku dah buat banyak entry sebelum aku sibuk menjalani latihan...

sila lihat dan nikmati gambar - gambar ni...ni semua aku buat sendiri untuk wedding adik aku bulan 12 hari tu...aku nak ajar macam mana nak buat tapi card reader aku rosak so tidak boleh upload gambar yang baru ambil ni...anyway layankan dulu gambar ni,insyallah next entry aku ajar yer...

memandangkan aku sibuk bekerja masa tu and aku attend course so aku buat 100 je la..yang selebihnya mak aku beli...lagi senang..tapi harga dan rupa tidak berapa memuaskan nafsu la..hehehe...


bunga telur ni masa kenduri kat rumah aku di Shah Alam



kos nak buat bunga telur (gambar atas) ni taklah mahal pun aku buat sebanyak 100 biji total cost untuk bunga telur ni lebih kurang RM90...aku dah lupa exact price untuk setiap material nak buat bunga telur ni...

kos nak buat bunga telur (gambar bawah) ni pun tak mahal juga...lebih kurang RM60 kalau tak salah..ni aku kira estimated jer sebab aku dah lupa...lupa nak note down harga setiap material ni...tapi memang murah la...RM60 untuk 100 bunga telur...

bunga telur ni masa kenduri kat rumah aku di Jitra...


kenduri kawen adik aku ni buat dua kali..sebab abah aku nak puaskan hati kedua - dua belah pihak...tapi kenduri yang kat rumah shah alam buat kecil - kecilan jer....200 orang jer jemputan...kenduri kat rumah  yang kat Jitra 1000 orang (kata mama aku)...panggil satu kampung...dan alhamdullilah,lauk semua cukup - cukup...jadi tidak membazir...

p/s : doakan aku supaya kuat fizikal dan mental...

Wednesday, March 2, 2011

::wajah kesayangan hamba::

alhamdullilah..
oh ya,aku nak bagi tahu yang entry kali ni telah dibuat sebelum tarikh hari ni..memandangkan aku telah dipisahkan dari dunia luar dan aku tidak mahu blog aku tidak aktif..jadi setiap entry yang melibatkan situasi aku semasa latihan di sini adalah imaginasi aku semata - mata...

kalau ikut tarikh hari ni dah masuk dua hari aku lapor diri kat sini...dan aku rasa masa ni mungkin aku akan rindu pada insan - insan yang tersayang...

bukan saja rindu,aku juga mungkin dah turun berat badan sebanyak 0.05kg...hehehe..baru dua hari takkan dah turun berat badan kot...impossible...

cakap banyak tak guna,tengok jer wajah - wajah kesayangan hamba...



mama and abah

tok and nenek

afid -adik aku

yang baju petak tu, emi - adik aku
adik aku yang laki tu - ala yang pengantin tu 

adik aku jg -sham si itam...
alia-anak sepupu aku
and aku rindu kucing aku.....nama kucing aku erk...nama dia erk sebab bila panggil dia mesti nyahut dengan bunyi erk...memandangkan aku tak der sesiapa untuk bercakap or meluahkan hati..erk la yang aku cari..setiap aku cakap dia dengar bila aku cakap 'ko rasa macam mana erk,patut ke aku berhenti kerja??'
erk jawab,'erk'...tak paham maksud dia,tapi dia respond untuk setiap soalan aku..aku sayang dia sangat..


dia memang macam ni...walapun kotak tu kecil dia akan cuba masuk juga..


p/s: doakan aku tabah menjalani latihan di sini...dan aku juga akan merindui boyprenku...

Tuesday, February 22, 2011

hilang.

assalammualaikum...
aku rindu erk...
erk dah banyak hari tak balik rumah...
mana dia pergi ni...
erk lah yang selalu teman aku bila nobody home...
erk la yang selalu dengar setiap cerita dan masalah aku...
erk yang selalu tunggu aku depan gate bila aku balik kerja...
erk yang selalu jaga rumah aku bila kami takder...
masa tengah tunggu tawaran untuk kerja baru ni pun aku suruh erk doakan aku...

"erk doakan aku dapat  eyh"
"erk"dia jawab
"erk,kau rasa patut ke aku tukar profession?"
"erk"dia jawab
"erk,kau rasa aku dapat tak?"
"erk"dia jawab
"erk,kau rasa patut tak aku beli baju baru tu?"
erk buat bodoh jer...
"erk,aku suka la boy,kau rasa dia suka aku tak?"
erk buat bodoh lagi...

aku rindu erk...
erk mana kau pergi....
sejak dia berak atas karpet ari tu,abah aku tak bagi dia masuk rumah dah...
abah aku suruh aku buang dia,tapi aku tak buat pun...
sejak akhir - akhir ni aku tengok erk dah kurus...
bila aku panggil 'erk',dia mesti bunyi 'erk' juga....
tapi sekarang aku dah tak dengar suara dia...
dia jalan pun terhenjut - henjut...kesian kat dia...
aku rindu erk...
Ya ALLAH lindungi lah erk...





p/s: erk aku bela since 1999...juper dia time tu pun dah besar...

Monday, February 21, 2011

resign

Assalammualaikum..
Alhamdullilah aku dah hantar surat resign..so this is the last week for me to work as an engineer.
Perasaan aku buat masa sekarang bercampur-baur….aku takut,aku sedih,aku happy,aku risau,aku excited…aku mengharapkan yang terbaik dalam hidup aku..walaupun carrier yang aku pilih bukanlah glamour mana tapi dalam hati aku sekarang aku rasa bangga…dan aku tak paham kenapa mesti nak bangga..hahaha…

Aku dah prepare la sikit – sikit barang yang nak dibawa…tinggal nak beli kasut bertapak getah (kasut sekolah ker??), t-shirt lengan panjang putih,track suit,stoking and supplement…

A part of me excited to start training and another part of me worried…normal kot…anyway aku mengharapkan aku berjaya and kuat fizikal dan mental..notice tak,previous entry pn aku cakap ‘semoga aku kuat fizikal dan mental’…yer tu yang aku mengharapkan sekarang ni…aku tahu badan aku macam mana..aku tak pernah exercise aku ni pun agak penakut…

Ya ALLAH mudahkanlah perjalanan aku selama sembilan bulan nanti…



p/s: macam- macam nak beli,gaji kena potong pulak tu masuk lambat pulak...